Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Suport

Minggu, 03 Oktober 2010

Faktor - faktor campur tangan British di negeri Pahang.

/ On : 04.52/ Thank you for visiting my small blog here. If you wanted to discuss or have the question around this article, please contact me e-mail at herdiansyah hamzah@yahoo.com.

Pertikaian antara Bendahara Wan Ahmad dengan adiknya, Wan Mansur.

Pertikaian ini berpunca daripada tindakan Wan Ahmad yang telah mengisytiharkan dirinya sendiri secara rasmi sebagai sultan dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah, pada bulan Disember 1884. Baginda kemudiannya melantik puteranya Tengku Mahmud sebagai waris takhta negeri. Tindakan tersebut dibantah oleh Wan Mansur yang mendakwa dirinya lebih berhak diberi jawatan itu. Hubungan antara Sultan Ahmad dengan Wan Mansur semakin meruncing apabila elaun adiknya diberhentikan. Wan Mansur menggunakan pengaruhnya ke atas pihak-pihak yang bertelingkah di kawasan pedalaman untuk membangkitkan penentangan rakyat terhadap Sultan Ahmad.

Menghadapi persaingan hebat antara kuasa eropah lain.

Pada akhir abad ke-19, British sedang menghadapi persaingan hebat daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain untuk mendapatkan tanah jajahan di seberang laut. Sasaran utama kuasa-kuasa Eropah ini ialah Asia dan Afrika. Perancis yang ketika itu sudahpun bertapak di Indo0China berkemungkinan akan meluaskan pengaruhnya pula di negeri-negeri Melayu jika British lambat bertindak. British perlu campur tangan di Pahang kerana bimbang dengan minat yang ditunjukkan oleh kuasa-kuasa seperti Jerman, Amerika Syarikat, dan Rusia di Pahang. British tidak mahu ada kuasa Barat lain yang boleh menggugat kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

Dasar buka pintu oleh Sultan Ahmad dan pemberian konsesi tanah kepada orang cina dan eropah.

Secara perlahan-lahan Sultan Ahmad membuka pintu negeri Pahang kepada para pelabur dari luar. Baginda berharap usaha ini dapat menstabilkan kedudukan politik dalam negeri yang sentiasa bergolak. Di samping pertimbangan politik, tindakan Sultan Ahmad juga didorong oleh kepentingan ekonomi. Pada masa itu, kedudukan perbendaharaan diraja hampir akibat perang saudara yang berlarutan. Untuk mengatasi krisis kewangan, negeri Pahang perlu dibuka kepada pelaburan asing. Sungguhpun begitu, pembesar negeri tidak bersetuju dengan usaha Sultan Ahmad. Mereka berpendapat, kemasukan pelaburan asing hanya akan menyebabkan kedudukan ekonomi mereka terancam kerana kuasa dan pendapatan mereka akan turut berkurangan.

Sultan Ahmad telah memberikan konsesi tanah kepada orang cina dan eropah tanpa memikirkan bantahan dari para pembesar dan rakyat. Pemberian konsesi tanah bermula pada tahun 1883 apabila baginda member tanah seluas 2000 batu persegi kepada Lim Ah Sam, Go Sui San, Ho Ah Yun, dan Louis Dekkar dari Betawi yang sama-sama menubuhka syarikat, Pahang. Syarikat ini kemudiannya menjadi gabungan sebuah firma perniagaan yang dikenali sebagai Pahang aCorpotration Limited [PCL]. Baginda memberi keutamaan kepada syarikat ini kerana syarikat ini menjanjikan 10 % daripada cukainya akan diberi kepada baginda. Sultan Ahmad menyedari keuntungan yang diperolah dengan menyewakan tanah-tanah kepada pemegang konsesi. Tindakan ini sedikit sebanyak dapat mengimbangkan pendapatan yang diperolahnya daripada sumber-sumber lain. Baginda telah menuntut sebanyak $ 1000 sebulan daripada setiap syarikat yang mendapat konsesi tanah di negeri tersebut.

Dasar buka pintu Sultan Ahmad bukan saja meninggalkan kesan ke atas para pembesar, tetapi turut melibatkan rakyat di peringkat bawahan. Pendapatan mereka terjejas dan keperitan serta kesusahan hidup semakin dirasai apabila kemassukan para pelabur asing di negeri Pahang semakin bertambah dan tanah-tanah milik mereka telah berpindah milik kepada orang asing. Ramai orang cina dibuang kerja apabila kuasa-kuasa asing ini mengambil alih tanah-tanah mereka. Malahan syarikat tersebut dikatakan menguasai sepenuhnya kerja-kerja di konsesi berkenaan, tanpa kebenarannya tiada siapa yang dibenarkan mengusahakan konsesi tersebut.

Selain itu, orang Melayu turut menderita akibat kemasukan para pelabur asing. Mereka kehilangan tanah kerana lombong-lombong emas di ambil alih oleh syarikat asing tanpa sebarang pampasan. Perasaan marah dan benci tehadap orang Eropah semakin mendalam. Pergaduhan sering tercetus antara orang tempatan dan orang Eropah. Orang Cina enggan mematuhi arahan pelabur Eropah dan menuntut supaya tanah milik mereka dipulangkan. Sultan Ahamd sendiri menghadapi masalah dengan para pembesarnya kerana pendapatan yang baginda perolah melalui pemegang konsesi tidak diagihkan kepada pembesar-pembesar utamanya. Ini mengakibatkan baginda kehilangan sokongan daripada mereka dan sekaligus turut menyebabkan hubungan antara pembesar tempatan dan pelombong Cina dengan pemegang konsesi dan Sultan Ahmad kian merosot. Rasa tidak puas hati yang mula wujud dalam kalangan mereka menyebabkan mereka mengadu kepada pihak British.

Pembunuhan Goh Hui

Peluang British untuk campur tangan di Pahang terbuka pada bulan Febuari 1888 apabila seorang rakyat British berketurunan Cina bernama Chan You Wee [ dalam rekod kerajaan British dikenali dengan nama Goh Hui] telah ditemui mati berhampiran istana Sultan Pahang. Hugh Clifford meminta ganti rugi atas kematiannya dan mendesak Sultan Ahmad menghukum pembunuhnya. Baginda menafikan mempunyai maklumat berkaitan dengan pembunuhan itu, walaupun tersebar khabar angin yang mengatakan pembunuhan itu dilakukan pleh Tuan Muda, Ketua Pengawal Sultan atas perintah sultan kerana baginda telah jatuh cinta dengan isteri Go Hui.

Peristiwa ini telah diguankan oelh British sebagai alasan untuk mendesak campur tangan sepenuhnya di Pahang. Gabenor Cecil Clementi Smith bersama pegawainya, W.A. Pickerking dan Frank Swettennham,[Residen Selangor] menemui Sultan Ahmad di Pekan pada bulan Jun 1888 untuk mengemukakan tuntutan British supaya taraf wakil British di Pahang dinaikkan daripada pegawai konsul kepada taraf Residen. Nasihat Residen British ini mesti diminta dan dilaksanakan dalam semua hal kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan Ahmad diberi masa 10 hari untuk membuat keputusan. Jika baginda menolak, British akan menggunakan kekerasan. Akhirnya, pada 24 Ogos 1888, Sultan Ahmad bersetuju menerima Residen British yang pertama iaitu, J.P. Rodger.

0 komentar:

Posting Komentar

favorite sexxi celebrity

Get paid To Promote at any Location

News Trends