Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Suport

Minggu, 03 Oktober 2010

Tugasan Makroekonomi

/ On : 19.43/ Thank you for visiting my small blog here. If you wanted to discuss or have the question around this article, please contact me e-mail at herdiansyah hamzah@yahoo.com.
Nama : Siti Noratiqah binti masron
Nur Aminah binti kaim
Nama guru : Cik Ling Lin

Terangkan tiga faedah yang dinikmati oleh negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

Memperoleh barangan yang tidak dapat dihasilkan dalam negara.
Perdagangan antarabangsa membolehkan kita mengguna dan menikmati barang-barang yang tidak dapat dihasilkan dalam negara sendiri. Di samping itu, harga barangan yang diimport adalah lebih murah berbanding dengan harga keluaran tempatan. Antara sebab sesuatu barang itu tidak dapat dikeluarkan sendiri adalah seperti keadaan iklim yang tidak sesuai atau tidak memiliki sumber-sumber ekonomi yang tertentu.

Perluasan pasaran.
Perdagangan antarabangsa dapat meluaskan sesuatu pasaran tertentu kerana barang-barang tersebut bukan sahaja dipasarkan dalam negara, malah di pasaran luar negara juga. Langkah perluasan p-asaran ini mendatangkan keuntungan yang lebih banyak kepada firma, terutama melalui faedah ekonomi bidangan yang dinikmati oleh firma tersebut. Ekonomi bidangan boleh diperoleh oleh firma-firma yang besar sahaja, iaitu firma-firma yang mengeluarkan barangan bagi tujuan eksport di samping pasaran tempatan. Sesungguhnya kesan ekonomi bidangan ini dapat menurunkan kos purata pengeluaran. Dengan ini, harga barang0barang dapat dikurangkan. Semakin rendah harga barangan, semakin tinggi tingkat kebajikan masyarakat.

Faedah teknologi.
Membolehkan sesebuah negara mengimport mesin, computer, jentera yang lebih moden daripada negara lain. Penggunaan teknologi moden yang diimport dapat meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran firma pengimport.

0 komentar:

Posting Komentar

favorite sexxi celebrity

Get paid To Promote at any Location

News Trends