PUTRAJAYA 31 Jan. - Seramai 4,138 atau 63.3 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 berjaya memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, jumlah tersebut meningkat 1,000 calon berbanding hanya 3,138 calon memperoleh sijil pada 2009.
"Bagaimanapun jumlah mereka yang lulus Mumtaz (cemerlang) menurun iaitu seramai 413 berbanding 422, manakala jumlah calon yang gagal pula meningkat kepada 2,399 bagi tahun lalu berbanding 1,556 pada 2009.
"Bagaimanapun, terdapat peningkatan mendadak yang ditunjukkan bagi calon mendapat pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) iaitu 804 tahun lalu berbanding 608 pada 2009," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STAM 2010 di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Abd. Ghafar berkata, jumlah calon yang mendapat gred Mumtaz (cemerlang) untuk semua 10 mata pelajaran yang diduduki bagi STAM 2010 bertambah seramai 20 orang berbanding 30 orang pada 2009.
Selain itu, kata beliau, jumlah calon yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir berdasarkan keputusan STAM pada tahun lalu adalah seramai 3,178.
"Saya mengucapkan syabas kepada calon-calon yang telah berjaya memperoleh STAM ini.
"Sesungguhnya kejayaan ini membolehkan mereka mendapat tempat di Universiti Al Azhar, Mesir dan universiti tempatan," katanya.
Dalam pada itu, Abd. Ghafar memberitahu, calon yang gagal (Rasib) dalam STAM dan ingin membaiki keputusan mereka boleh mendaftar pada 31 Mac ini untuk menduduki semula peperiksaan bagi mata pelajaran yang gagal.
Tahun lalu, seramai 8,166 calon mendaftar untuk menduduki STAM. Bagaimanapun, hanya 6,537 calon menduduki peperiksaan STAM tersebut.
.......................................................................................................................
ya Allah....harinya smakin hampir.....
smoga kami semua beroleh kejayaan.Amin,.
0 komentar:
Posting Komentar