Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Suport

Kamis, 14 April 2011

oh adam!

/ On : 05.14/ Thank you for visiting my small blog here. If you wanted to discuss or have the question around this article, please contact me e-mail at herdiansyah hamzah@yahoo.com.

....ayat gedikx kt atas xble pakai..tQ!

Adam boleh bah!




Foto
Foto
Ligat, lincah bina empayar dunia hiburan

ENAM tahun lalu Mohd Aizam Mat Saman atau nama pentasnya Adam hanya budak mentah yang baru digilap bakatnya daripada pertandingan realiti Akademi Fantasia musim 2 (AF2).
Sekali pun tidak meraih gelaran juara, kelebihan anak jati Sabah itu baik dari segi personaliti, vokal mahu pun bakat tarian membuka mata KRU Studios untuk menyerlahkan keistimewaannya.
Tidak perlu menunggu lama, hari ini Adam semakin geliga merencana kerjaya malah satu persatu cabang seni diterokai demi mencabar diri selain bekerja keras sebagaimana idolanya iaitu anggota kumpulan KRU yang kini boleh berbangga dengan empayar perniagaan mereka.

Selain tampil dengan buah tangan ke empat, Adam 4 yang sepenuhnya dihasilkan sendiri, jejaka berusia 27 tahun itu juga sibuk merangka perjalanan pembikinan buah tangan bintang muda, Shima serta kumpulannya, VIP di bawah syarikatnya, Aico Empire Group (AICO).

“Kalau ikutkan memang tidak menang tangan kerana kedua-dua artis ini di bawah pengurusan bersama. Antara AICO dan KRU Studios masih punya perjanjian persefahaman berhubung penghasilan produk ini dan album saya. Kiranya suara KRU tetap ada.

”Saya menghargai bimbingan mereka yang sanggup memberi tunjuk ajar daripada saya kosong untuk bangun dan percaya kebolehan diri. AICO adalah bukti semangat saya dalam industri seni,” katanya tatkala hadir di Balai Berita, minggu lalu.
Membawa bersama bingkisan yang mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri, Adam 4 dirasakan cukup bermakna apatah lagi bagi Adam ia melambangkan kematangannya dalam muzik.

Melihat kulit muka depan album yang memuatkan lima lagu dan lima minus one itu, katanya, kematangan cuba diserlahkan dari segi imej serta gubahan lalu namun semua ini adalah eksperimen bagi melihat sejauh mana penerimaan ramai.

“Saya sedar peminat lebih suka Adam yang tampak kebudak-budakan. Jangan risau, saya masih Adam yang dulu cuma dalam muzik saya tonjolkan kredibiliti, tambahan pula keseluruhan album yang mengambil masa satu setengah tahun disiapkan ini adalah hasil saya sendiri.

“KRU memberikan sepenuh kebebasan. Jika dulu mereka mencorakkan hampir 80 peratus daripada album saya, namun kini semua keputusan di tangan saya,” katanya mengenai album berkonsep pop hip hop yang dijual RM29.90 itu.

Selain mencipta aplikasi tarian yang lebih lincah untuk album ini yang dinamakan Hip Hop Kaaba Modern, Adam turut mengubah sebuah lagu yang ditujukan buat bekas kekasihnya berjudul Ellena.

Antara lagu lain adalah Pergilah, Tension serta Boleh Bah Kalau Kau. Sebagai pilihan, AICO dan KRU turut mengedarkan sebuah lagi versi Adam 4 tanpa minus one yang diedarkan pada kadar lebih rendah iaitu RM10.

Bukan meniru, tapi mencontohi

Mengakui dirinya masih terlalu mentah untuk mengenal sepak terajang dunia bisnes, Adam sedia belajar dari bawah malah tidak ketinggalan
‘turun’ sendiri bertemu pelanggan untuk mendapatkan gambaran sebenar, bukan melalui orang tengah.

“Banyak perancangan untuk AICO. Selain menguruskan artis termasuk bakat daripada Bintang Idola Berita Harian (BIBH), Shima serta
kumpulan Mpop yang turut dianggotai saya sendiri, ada agenda lain menyusul.

“Kita masih mengintai bakat baru lain. Dalam sibuk membikin album Shima serta merencana perjalanan kumpulan baru, iaitu VIP dan jika tiada aral mahu menerbitkan filem pula selepas ini,” katanya dengan bersemangat.

Masih berahsia soal projek terkini, Adam yang bakal tampil dalam filem arahan Mamat Khalid, Apokalips berharap perancangan terjun ke arena penerbitan filem menjadi kenyataan namun pada masa sama mahu melengkapkan diri dengan ilmu produksi.

“Buat filem bukan main-main. Kosnya besar. Segala aspek perlu diambil kira dari skrip, pelakon, pengarah, krew, lokasi , bajet promosi
dan strategi jualan tetapi sampai bila saya harus takut. Setiap urusan bisnes adalah risiko. Teruskan atau lupakan saja hasrat ini.

“Apa yang pasti saya sudah bersedia dan sambil berlakon, saya tidak ketinggalan belajar perihal belakang tabir. Bukan bermakna hanya
mahu mengarah saja perlu belajar, sebenarnya pelakon juga perlu tahu segala aspek untuk memudahkan kerja di lokasi,” katanya lagi.

Nyata Adam tidak bercakap kosong. Semua yang diidamkan dulu bermula dengan menceburi arena nyanyian, bergelar pelakon, menjadi duta
produk, mencipta lagu serta membina sebuah syarikat hasil titik peluhnya menjadi kenyataan.

Biar berdepan segala macam gossip sebaik bergelar artis, jejaka yang pernah dikaitkan dengan segala macam cerita buruk itu enggan ambil
pusing sebaliknya terus gagah berlari mengejar mimpi menjadikan segala impiannya sebuah realiti.

“Ya, saya mahu mengukuhkan empayar perniagaan macam KRU. Jika mereka boleh berjaya, kenapa tidak saya. Jika mahu mendengar cakap negatif, sampai bila-bila pun kita tidak ke mana-mana.

“Biarlah dicop apa saja termasuk mahu meniru langkah KRU. Ini bukan meniru tetapi mencontohi kegigihan mereka,” katanya yang mendapat kepercayaan sebagai penasihat kareografer bagi program Mentor 5.

PROFIL
Nama Sebenar: Mohd Aizam Mat Saman
Tarik Lahir: 19 September 1983
Asal: Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat bersaudara
Hobi: Menari
Penyanyi Pujaan: KRU
Pelakon Pujaan: Donnie Yen
Album: Adam (2005) Adam II (2007),ADAM III (2009), ADAM 4 (2011)
Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva dan Apokalips
Drama: Akademi, Hotel Mania dan Wira Malam
Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan usahawan.

0 komentar:

Posting Komentar

favorite sexxi celebrity

Get paid To Promote at any Location

News Trends