Bincangkan perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun manusia sehingga tahun 1800 Masihi.
Pengenalan :
• Kegiatan ekonomi satu unsur penting dalam perkembangan tamadun manusia sejak awal tamadun sehingga sekarang
• Definisi ekonomi: sumber pengeluaran terhad yang digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
• Ekonomi berkaitan dengan aspek pengeluaran dan pengagihan kekayaan
• Asas perkembangan sesuatu tamadun adalah pertanian
• Aktiviti lain yang menyokong perkembangan tamadun awal seperti perdagangan, perindustrian dan perlombongan
• Gabungan aktiviti pertanian dengan aktiviti ekonomi yang lain telah mewujudkan suatu tamadun yang stabil dari segi ekonomi dan politik
Isi :
Faktor perkembangan pembangunan ekonomi
Perhubungan :
• Manusia mengubah bentuk ekonomi dari sari diri kepada ekonomi komersil
• Sistem perhubungan sangat diperlukan bagi kemudahan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat, antara kawasan pengeluaran seperti kawasan pertanian ke kilang memproses dan bandar
• Sistem perhubungan terawal ialah sungai dan laut – contoh Sungai Ni, laut Mediterranen menghubungkan Mesir dengan Sumeria dan Semenanjung Tanah Arab
• Sistem perhubungan darat terawal ialah jalan darat antara Yunani, Rom, Mesir, Arab dan India
• Sekitar abad 2 Masihi, Tamadun Rom dan Yunani memperkanalkan penggunaan jalan raya dan jambatan
• Tamadun Mesopotamia menggunakan roda dan kapal layar untuk jalan darat, jalan laut dan jalan sungai
Pengangkutan :
• Perkembangan sains dan teknologi membawa kepada terciptanya sistem pengangkutan yang lebih maju seperti kapal layar, kereta lembu dan sebagainya
• Tamadun Hwang Ho dan Indus memperkenalkan teknologi perkapalan dan dapat menjalankan aktiviti ekonomi kelautan seperti perdagangan dan perkapalan
• Melahirkan alat-alat pengangkutan baru dan moden seperti kenderaan, motor bot, kapal hinggalah penggunaan bahan tenaga
Penggunaan Mata Wang :
• Pembangunan ekonomi pesat mendorong penggunaan mata wang sebagai pertukaran menggantikan sistem barter
• Kebanyakan mata wang dalam bentuk logam seperti emas dan perak.
• Orang terawal memperkenalkan mata wang ialah orang Sumeria berbetuk ketulan perak dan emas
• Wang yang agak standard diperkenalkan oleh orang Yunani dan Parsi
• Pedagang Eropah menggunakan mata wang Julius Caesar dan Cleopatra
• Tamadun China: Dinasti Chou ( wang tembaga) Dinasti Han ( wang emas dan perak ) Dinasti Song ( Wang Kertas )
Institusi Kewangan :
• Perkembangan ekonomi mendorong pembukaan institusi kewangan yang berperanan dalam pinjaman wang, simpanan dan insurans untuk menjayakan kegiatan perdagangan
• Perkhidmatan ini diperkenalkan di Itali sekitar abad ke-14 dengan lahirnya pemodal di Genoa, Milan dan Florence yang membuka bank secara eksklusif
• Perdagangan antarabangsa memerlukan modal besar dan bank tersebut akan membekalkan modal
• Institusi bank lengkap ditubuhkan di England (Bank Of England)
• Tamadun Mesopotamia- Keluarga Egibi di Babylon memberi pinjaman kepada orang ramai dengan kadar bunga 20%-30% atas pinjaman
Kemudahan-kemudahan lain :
• Pembangunan ekonomi pesat mempengaruhi perubahan prasarana sokongan seperti pelabuhan, gudang, insurans dan sebagainya
• Kemudahan awam disediakan seperti pusat komersil gudang dan sistem pengairan
• Tamadun Mesopotamia-pusat komersil dipanggil “Karu” di setiap bandar
• Pusat Komersil Gudang ialah tempat tinggal pedagang dan gudang simpan barang)
• Sistem pengairan menjadi faktor perkembangan petanian seperti Sungai Nil (Tamadun Mesir) dan sistem pengairan Szechuan (Dinasti Chou)
Pemilikan Tanah dan Cukai :
• Dalam kebanyakan tamadun, tanah ialah milik kerajaan dan raja
• Pembahagian tanah ialah mengikut kedudukan individu dalam masyarakat dan sumbangannya kepada tamadun
• Tamadun Mesopotamia- tanah dimiliki golongan raja, paderi dan pegawai tentera
• Cukai menjadi satu sumber pendapatan kerajaan awal
• Tamadun Mesopotamia – cukai 20% dikenakan ( dalam bentuk wang @ barangan)
Perkembangan Industri dan Penubuhan persatuan :
• Perkembangan industri mendorong perkembangan ekonomi
• Tamadun Mesopotamia-industri tekstil
• Tamadun Mesir-industri kapal dan tembikar
• Tamadun China-industri sutera, kertas dan tembikar
• Barangan yang dihasilkan dieksport untuk mendapat barangan lain
• Penubuhan persatuan perdagangan penting kearah perkembangan ekonomi
Kesimpulan :
• Perkembangan ekonomi komersil dan selanjutnya ekonomi kapitalis didorong oleh faktor yang dihuraikan di atas.
Suport
Senin, 19 Juli 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar