Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Suport

Senin, 19 Juli 2010

Bincangkan makna khalifah dan fungsi khalifah sebagai sebuah institusi tertinggi dalam hierarki pemerintahan islam.

/ On : 03.52/ Thank you for visiting my small blog here. If you wanted to discuss or have the question around this article, please contact me e-mail at herdiansyah hamzah@yahoo.com.
Perkataan khalifah bereti pemimpin atau ketua. Dari segi sejarah khalifah merupakan satu bentuk pemerintahan yang wujud selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. system pemerintahan ini bermula dengan perlantikan Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah yang pertanma bagi kerajaan islam di Madinah pada tahun 632 M. Fungsi dan peranan khalifah ialah sebagi ketua kerajaan yang di amanahkan menegakkan islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. setiap khalifah perlu bersifat adil yang berasaskan hokum-hukum syariah dengan berpandukan kepada al- Quran dan al-Hadis.
Perlantikan khalifah tidak berassaskan kepada warisan(warasah), tetapi adalah kepada kemampuan dan ketokohan seseorang itu. Pada dasarnya seseorang tokoh yang di lantik itu mestilah seorang yang beragama islam, lelaki yang mukalaf dan merdeka, mempunyai ilmu yang mendalam, mencapai taraf mujtahid, luas pengalaman dan bijaksana. Tokoh itu juga perlu mempunyai sifat-sifat keadilan, sihat tubuh badan dan tidak cacat serat berani dan berkewibawaan dalam mampertahankan kesucian islam dan sanggup berjihad untuknya.
Terdapat beberapa cara perlantikan khalifah dalam Islam. Perlantikan Khalifah ar-Rasyidin jelas membayangkan hal ini. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dilantik atas konsep baiat. Umar al-Khattab pula dilantik atas dasar wasiat daripada Abu Bakar as-Siddiq yang merasakan Umar al-Khattab tokoh yang paling layak menggantikannya. Manakala khalifah Uthman ibni Affan pula dilantik oleh Majlis Perlantikan Khalifah yang dilantik oleh Khalifah Umar al-Khattab sebelum baginda mangkat. Khalifah Ali ibni Abu Talib, iaitu khalifah yang terakhir dilantik secara paksaan. Selepas pemberontak membunuh Khalifah Uthman ibni Affan, wujud kekosongan dalam jawatan khalifah. Dalam keadaan kelam kabut inilah pemimpin-pemimpin pemberontak te;ah memaksa Ali supaya menjadi khalifah. Ali terpaksa menerimanya untuk keselamatan dan perpaduan umat islam ketika itu.

Struktur pemerintahan khalifah meletakkan khalifah sebaai ketua kerajaan yang menguasai pentadbran politik dan agama yang tidak diasingkan. Pelaksanaan struktur pentadbiran itu berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Asas ini jelasdan tidak sesekali berlaku kekeliruandan kezaliman. Dalam ucapan semasa memulakan tugas, setiap khalifah mengikrarkan keadilan dan berpegang teguh kepada ajaran Allah s.w.t dan rasul-Nya. Rakyat hanya diminta taat selagi khalifah bersifat adil dan saksama serta tidak menyeleweng daripada dasar-dasar pemerintahan yang dikehendaki oeh islam.
Struktur pemerintahan khalifah berbeza daripada system pemerintahan lain yang pernah wujud sebelum itu. Khalifah berkuasa dalam bidang agama dan keduniaan. Ini berbeza dengan system lain yang mengasingkan agama daripada keduniaan. Hal ini jelas dalam dalam system pemerintahan di Negara-negara Kristianyang meletakkan hal-hal pemerintahan keduniaan di tangan raja dan hal-hal agama pula dalam tangan ketua gereja (pope).
Khalifah dalam islam adalah sama dengan manusia lain dalam hubungannya dengan Tuhan, malah beban dan tanggungjawabnya addalah lebih berat lagi. Berbanding dengan system gereja misalnya,ketua gereja mempunyai kuasa yang lebih. Mereka terhindar daripada dosa dan dalam masa yang sama yang sama berkuasa mengampuni dosa para pengikutnya.dalam islam kuasa pengampunandosa hanya milik Allah. Khalifah tidak mempunyai autoriti dalam hal ini.
Dalam pentadbiran, khalifah tidak terlepas daripada undang-undang. Mereka tertakluk di bawah undang-undang yang sama denga golongan lain dalam masyarakat. Mereka mempunyai persamaan hak dan tanggungjawab. Rakyat juga boleh memberi pendapat mereka dalam hal-hal yang bercanggah dengan kehendak syariah. Khalifah selalunya membuat keputusan dalam hal-hal pentadbiran berdasarkan al-Syura yang ahlinya terdiri daropada sahabat-sahabat rapat.
Sebagai ketua agama dan ketua kerajaan, khalifah mempunyai bidang kuasa dan tanggungjawab yang berat. Adalah menjadi tanggungjawab khalifah dalam memelihara kesucian agama islam. Agama islam mesti terus berkembang dan tentangan terhadapnya mesti ditumpaskan. Berjihad dalam memelihara dan menegakkan agama adalah wajib hukumnya. Khalifah juga bertannggungjawab dalam menegakkan perjalanan hokum-hukum islam, melaksanakan keadilan dalam perjalanan hidupnya.
Khalifah juga bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan Negara. System yang teratur dan lengkap perlu diwujudkan bagimenjamin keselamatan agama dan umatnya tidak terganggu dudat oleh musuh-musuh islam.langkah-langkah yang wajar perlu diatur bagi menentukan tidak wujud sebarabg musuh yang boleh mengancam keselamatan Negara dan umat-umat islam seluruhnya.
Struktur pentadbiran perlu di teliti dan diawasi. Sistem pungutan cukai dan kegiatan ekonomi perlu disusun rapi supaya pembangunan Negara dapat berjalan lancar dan wang-wang yang di pungut tidak disalahgunakan. Perlantikan dan perlucutan pegawai juga perlu diawasi agar system pentadbiran berjalan licin dan tidak timbul sebarang salah faham dan kezaliman.sungguhpun wujud system kerajaan wilayah di bawah teraju gabenor-gabenor tetapi pemerintahan berpusat di ibu negeri.
Sebagai kesimpulan bolehlah dikatakanbahawa system pemerintahan khalifah berasaskan kepada wahyu dari Allah melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad (s.a.w). system ini adalah unggul dan boleh membawa rahmat kepada umat manusia, sesuai dengan tuntutan naluri manusia itu sendiri.

0 komentar:

Posting Komentar

favorite sexxi celebrity

Get paid To Promote at any Location

News Trends