implikasi piagam madinah…
1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan madinah.
- Penduduk madinah harus sama-sama pertahankan madinah tidak kira yang beragama islam atau bukan islam daripada serangan musuh.
- Tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan musuh islam yang bertujuan menentang negara islam di madinah.
- Semangat cinta akan kota madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri.
- Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.
2. Menjamin kebebasan kaum yahudi.
- Masyarakat di madinah di beri kebebasan untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri.
- Ini untuk mengelakkan kaum yahudi menyebarkan agamma mereka di madinah dan mengelakkan permusuhan kaum.
- Islam menghormati kebebasan beragama.
- Tiada paksaan dalam kepercayaan seseorang adalah antara perkara yang di persetujui oleh baginda dalam piagam ini.
3. Terbentuk sebuah kerajaan islam yang kuat dan utuh.
- Masyarakatnya bebas berhimpun dan bermesyuarat untuk membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara.
- Ia mampu wujudkan satu masyarakat yang kuat dan bersatu padu, malah madinah adalah hak milik bersama.
- Piagam ini mengakui hak dan mtanggungjawab penduduk madinah termasuklah orang bukan islam.
- Mendapat hak perlindungan dan keselamatan yang sama dari segi keadilan dan perundangan.
4. Kebebasan setiap pendudk.
- Amalan penindasan pada zaman jahiliah di hapuskan.
- Penduduk di beri hak asasi yang sama rata demi manjamin keharmonian semua penduduk madinah.
- Kebebasan ini meliputi aspek kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikit dan sebagainya.
5. Menyatupadukan masyarakat madinah.
- Hubungan baik di adakan dengan orang bukan islam madinah melalui sifat saling menghormati,bertanggungjawab dan sebagainya.
- Menurut Orentalis Barat, Bernard Lewis, masyarakat yang di bina di bawah pelambagaan madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi jahiliah yang mementingkan Muru’ah ( maruah diri dan kaum ) masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan islam.
6. Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemerintah yang tertinggi dan unggul di madinah.
- Merupkan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.
- Ketokohannya bukan saja dari aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.
- Baginda bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan atau perselisihan kaum yang terjadi antara kaum.
- Baginda mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan di madinah.
- Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 dalam piagam madinah menjelaskan bahawa apabila timbul perbezaan atau pertelingkahan, maka hendaklah di cari penyelesaiannya mengikut hukum Allah s.w.t dan keputusan Rasulullah s.a.w
- Ia meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tertinggi.
7. Dapat atur hubungan kaum yahudi.
- Masyarakat yahudi bebas amalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.
- Mereka tidak boleh paksa seseorang itu untuk menganuti agama mereka.
- Mereka juga tidak dibenarkan menindas.
- Mereka yang mematuhi perlembagaan ini akan di beri jaminan ZIMMAH iaitu, perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.
8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk.
- P.M menetapkan persamaan antara semua orang tidak kira bangsa, keturunan, atau pemerintah dan diperintah.
- Di buat untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.
- P.M meratakan kekayaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
- Konsep keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh kejujuran dan berlandaskan syiar islam.
- Tujuan keadilan untuk menolak dan menghindarkan keburukan dan member kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat islam.
9. Perpaduan umat islam.
- Perlembagaan madinah menyeru agar penduduknya hidup dalam keadaan bekerjasama dan bersatu padu.
- Umat islam di madinah terdiri daripada 2 kumpulan utama iaitu kaum Ansar dan Muhajirin.
- Turut melindungi pelbagai kaum yang lain seperti Quraisy, Parsi, Habsyi, Yahudi, Aus dan Khazraj.
- Mereka di asuh menjadi kumpulan satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka.
- Konsep persaudaraan islam untuk mengerat dan menjalinkan hubungan persahabatan sesame islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal, dan warna kulit.
10. Pemerintahan bercorak musyawarah.
- Semua kaum berhak bersuara dan mengemukakan pendapat mengenai masalah kaum mereka.
- Perlembagaan madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang di panggil musyawarah.
Suport
Senin, 19 Juli 2010
implikasi piagam madinah
Diposting oleh
Nur Cholis
/ On : 03.50/ Thank you for visiting my small blog here. If you wanted to discuss or have the question around this article, please contact me e-mail at herdiansyah hamzah@yahoo.com.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar